Pemilik terkenal Cau-cau

Seekor cau-cau betina yang bertanding dalam ketangkasan anjing

Konrad Lorenz, orang Austria yang merupakan ahli zoologi, ahli etologi, dan ahli ornitologi, pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan tahun 1973,[28] yang kerap dianggap sebagai salah seorang pengasas etologi moden, memiliki seekor cau-cau kacuk bernama Stasi.[29] Beliau menulis tentang anjing beliau dalam buku beliau King Solomon's Ring.

Georgia O'Keeffe, seorang seniman Amerika, memiliki sekurang-kurangnya 6 ekor cau-cau sepanjang hayat. O'Keeffe menulis tentang anjing beliau dalam surat-surat kepada sahabt dan keluarga, mengambil fotograf anjing-anjing itu, dan melakar anjing-anjing tersebut. Beliau merupakan anggota The Chow Chow Club, Inc. dan menyimpa beberapa kertas veterinar, pemberitahuan kelab, jadual penyuapan, dan surat-surat berkaitan dengan anjing beliau.[30]

Sigmund Freud memiliki seekor cau-cau bernama Jo-Fi Ling yang menghadiri kesemua sesi terapi beliau kerana beliau berasa bahawa anjing memiliki deria istimewa yang membolehkannya menilai perwatakan seseorang dengan tepat dan mengaku bahawa beliau bergantung pada Jo-Fi untuk pentaksiran keadaan mental pesakit.[31]

Laksmana Tentera Laut Amerika Syarikat George Dewey memperoleh seekor Chow Chow di Hong Kong pada tahun 1898 dan menamainya Bob. Bob jarang meninggalkan sisi laksamana dan ikut serta di atas penjajap USS Olympia. Bob mati pada tahun 1899 kerana termakan coklat yang diberikan kepada Dewey oleh pengirim ucap selamat semasa ketibaan Olympia di Bandar Raya New York.

Martha Stewart memiliki beberapa ekor cau-cau, yang kerap terlihat dalam rancangan Martha.[32] Salah seekor bernama Genghis Khan.[33]

Presiden Calvin Coolidge dan isteri beliau memiliki seekor cau-cau hitam bernama Timmy.[34]

Elvis Presley dan teman wanita beliau Linda Thompson memiliki seekor cau-cau bernama Getlow.[35]

Vanna Bonta[36][37] memiliki seekor cau-cau krim bernama Sky, seekor cau-cau biru bernama Seraph, dan seekor cau-cau merah bernama Beowulf, yang diabadikan sebagai anjing cereka dalam buku Flight.

Janet Jackson memiliki seekor cau-cau bernama Buckwheat.[38]

Pemain bola sepak Itali Mario Balotelli membelikan teman wanita beliau dua ekor anak cau-cau di United Kingdom.[39]

Walt Disney dan isteri beliau, Lillian Disney, memiliki seekor cau-cau bernama Sunnee. Ia merupakan anjing pertama pasangan itu. Walt didakwa menghadiahi Lilly cau-cau itu di dalam kotak topi yang mengilhamkan adegan dalam Lady and the Tramp yang melibatkan penghadiahan Lady dengan cara sama.[40]

Artis K-Pop Park Junhee memiliki seekor cau-cau bernama Lion.[41]

YouTuber Miniminter memiliki seekor cau-cau bernama Mushu, dengan isterinya yang merupakan penyanyi Talia Mar.[42]

Rujukan

WikiPedia: Cau-cau https://curlie.org/Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Non... https://www.animalspedia.org/chow-chow/ https://books.google.com/books?id=NiPQPLXJ2SgC http://www.akc.org/dog-breeds/chow-chow/care/ https://web.archive.org/web/20120328035256/http://... http://chowchowclub.co.za/breed-info/colours-coat.... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/205g05-e... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Chow_C... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC33841... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2012PNAS..109.88...